Thursday, May 8, 2008

GEMPA di MALAYSIA


Kerajaan BN tidak menghormati Mahasiswa...


Sejak 50 tahun dahulu kerajaan BN tidak hormat kepada Mahasiswa. Banyak terjadi peristiwa kurang senang dikalangan pemimpin Mahasiswa menjadi hingar bingar. Siapa tidak kenal Dato' Sri Anwar Ibrahim seorang pemimpin hebat dan pernah menjadi TPM Malaysia! Siapa tidak kenal Hishamudin Rais seorang aktivis yang kadang-kadang tiada siapa yang faham idea dan pandangan aneh yang cuba disuarakan kepada kerajaan sehingga terpaksa lari dari negara sendiri. Billy Lim adalah nama yang cukup gah tetapi terpaksa melutut demi mencari laluan mudah menetap di Malaysia sehingga menjadikan beliau seorang yang sentiasa positif. Namun segalanya itu semua kerana dahulu mahasiswa berani dan tiada tangan ghaib seperti
SIAPA BELIAU ^^^^?
AUKU mencengkam dan mengugut perjalanan mahasiswa. Apakah kini mahasiswa keluaran tempatan penakut? atau sanggup menyokong kerajaan dengan sogokan dari PTPTN. Sepatutnya lebih awal lagi mahasiswa merancakkan lagi percaturan dan penstrukturan jati diri semasa kerajaan mengadakan skim PTPTN yang penuh riba. Di dalam Islam dan sepatutnya jika anda belajar di universiti tempatan ANDA sepatutnya tidak menjadi "pak turut" kerana skim tersebut. Cuba ANDA banyangkan sekiranya ANDA lulusan Universiti dan tiada pekerjaan, secara automatik ANDA telah menyusahkan penjamin untuk menampung kos pendidikan ANDA. Walhal Kerajaan BN sekarang tiada inisiatif mengadakan peluang pekerjaan.


Untuk bertindak seperti Khairy walaupun hanya Graduate GD dari Oxford beliau sebenarnya seorang penganggur. Takkan ANDA nak jadi cam Khairy Jamaludin (KJ), sedangkan Pak Lah sudah tiada anak perempuan untuk dikahwinkan dengan ANDA. KJ takpelah... boleh mengembek di parlimen seperti Kambing Jantan sebab pengembala parlimen ialah lantikan dari Pak Lah. ANDA, mahasiswa bukan bodoh...kalau ANDA bodoh, pasti ANDA tidak masuk universiti. Tapi, mengapa ANDA sanggup diperbodohkan oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka Lanun!


Saya bukan Ahli Politik dan bukan penyajak yang mencari Al-Ghazali. Cuma pada saya Mahasiswa mesti mencari jalan menyatukan semua mahasiswa mencatur perjalanan kerajaan agar pewaris bangsa tidak menjadi Red Indian di Amerika. Gagal dalam percaturan pertama kita teruskan dengan kedua. AUKU hanya sebagai mencari sebab kenapa Mahasiswa harus berhenti memberontak dan tidak boleh memberikan pendapat yang tajam demi meningkatkan martabat Bangsa Malaysia.


Sanggup berkorban demi masa depan. Sanggup melawan Panglima-Panglima BN yang korupsi dan Sanggup menjadikan diri sebagai PEMIMPIN DEMOKRASI.


Harga barang makin naik untuk perut-perut Pak Lah. Harga minyak makin naik supaya Pak Lah sahaja boleh naik kereta mewah. Tetapi kita Mahasiswa menggadaikan Harga DIRI kerana kita takut dibuang universiti dan tidak ada sijil yang hanya kita gunakan untuk menggangur sambil tengok ASTRO di rumah....


Ayuh!... Jangan terpedaya dengan janji mereka yang PENIPU! Tiada pemimpin yang baik di Malaysia dan semua itu penipu yang tidak dapat memenuhi perut buncit mereka. Sedangkan kita mahasiswa hanya duduk berdiam diri tanpa pernah memikirkan masa depan KITA dan Bangsa KITA...


Mahasiswa Jiwa Rakyat!

8/6/2008








MENGAPA KITA HARUS BENCI PAK LAH!






Kesian Pak Lah... Ramai orang dah benci beliau. Pemimpin Islam Hadhari ini kini semakin dibenci. Anwar benci Pak Lah ke? Mahathir benci Pak Lah ker? Kit Siang benci Pak Lah ker? MCA, DAP, MIC dan parti-parti dok dalam parlimen benci Pak Lah ker? Kenapa erk? Yang pastinya Pak Lah semakin dibenci oleh rakyat Malaysia. Siapa cakap Najib tak benci Pak Lah... Saya tak cakap...cuma pada Najib beliau benci Pak Lah kerana Pak Lah ni buat aktiviti biasa iaitu TIDUR...z.z.z.z.z.z.z.z.z..... Bila la nak bagi kuasa kat Najib ni. Pemimpin yang baik macam Al Ghazali adalah pemimpin yang dicintai rakyat. Pak Lah lupa puisi dia kan... Itulah bak kata Tun Dr. Mahathir .... Melayu Mudah Lupa. Dahulu masa mula-mula jadi PM bukan main jurus Pak Lah bersajak mencari Al-Ghazali....tapi kini segalanya dilupakan kerana mencari kepuasan AL-Khairy. Kesian Pak Lah dah lah rakyat benci dia kini... kalau tak ikut kata 2K (Khairy dan Kamaludin) Pak Lah pulak akan menghadapi tindakan dibenci famili sendiri....






Sapa kata Pak Lah ikut kat 2K... Saya tak cakap.... Tapi Pak Lah tak ikut pun kata Dato' Sharil Samad selaku Menteri di KPDNHEP. Senang hati Dato' Sharil... makan gaji buta la Dato'. Lepas ni tak payah buat statement sebab kalau statement menipu tu sekali lagi next PRU sorry ler nak menang... Saya akan pastikan lawan Dato' menang besar sebab statement dalam surat khabar dan TV ada dalam simpanan saya. Di mana Dato' cakap minyak naik bulan Ogos 2008 tapi Pak Lah activatekan awal 2 bulan...



Saya dulu admire kat Dato', bukan kerana saya gay, tapi cara menjawab dan kepimpinan Dato'. Saya rasa nak je menjadikan Dato' mentor tapi lepas Dato' berjanji seperti beras dan Petrol naik harga... tapi tak ditepati itu menyebabkan saya beralih arah. Mentor dan idola saya bukan Anwar sebab Anwar jauh lebih hebat dari Dato'. Inikan pulak saya yang hanya pandai menulis di Internet.



Takperlah Dato', pernah tengok citer si Luncai terjun dengan labu-labunya....biarkan....biarkan... Saya tak benci Dato' dan saya juga tak benci Pak Lah. Cuma kalau majoriti dah benci BN saya pun terpaksa akur. Kalau tidak saya akan jadi pembangkanglah... Saya bukan macam Ezam yang selama-lamanya nak jadi pembangkang dalam politikus Malaysia... Tapi saya lebih rela menjadi kerajaan kerana saya rasa saya ada idea yang cukup bernas untuk memajukan bangsa dan negara tak kira kaum dan agama. InsyAllah...kalau tak esok, lusa pasti saya akan menjadi Ahli Majlis, bukan kerana saya gila kuasa tetapi saya ni sungguh terharu dan idola saya sekarang MB baru Selangor iaitu berpangkat lebih besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Memanglah saya keturunan jawa TOTOX tapi saya bukan JAWA BOTOX cam bekas MB Selangor dari Kuala Selangor.



Realitinya kapal UMNO semakin pecah sebab bawa muatan harta rompakan lanun di Tanah Melayu. Semakin sarat dan melarat apabila Tikus seperti Ezam datang nak menutup lubang-lubang pada kayu papan kapal itu. Kenapa erk? Pasti ada agenda bukan. Kalau tidak kerana nak bagi kapal UMNO terus karam pasti Ezam akan memastikan harta rompakan lanun itu dimasukkan ke dalam peti besi beliau. Cuma yang saya takut ialah Ezam akan karam bersama lanun-lanun yang kelaparan dan terdampar di Pulau Batu Puteh. Sementara Nakhoda yang merupakan ketua lanun akan mendarat di Miami atau Maldives bagi menghabiskan hari-hari tua bersama isteri kesayangan beliau. Mana pulak perginya 2 orang anak (2K). Entah... Pasti mengikuti program angkasawan dan tak nak balik-balik yang kini berebut dengan Najib.






Biarlah....biarlah... Tahniah! Tahun ini tahun 2008. Satu lagi Projek MEGA Kerajaan Barisan Nasional di Seluruh Negara. Kenaikan harga minyak menjadi RM2.70 seliter. Hendak ke tak hendak nikmati bersama.......






Siswa UM No!

7/6/2008









MINYAK NAIK... SIAPA PENIPU?



Sejak jadi PM Pak Lah sudah 7 kali menaikkan harga Minyak. Ramai rakyat Malaysia terutama Mahasiswa di TIPU oleh ahli politik yang kini merupakan kerajaan yang dipilih pada PRU12. Kenapa ANDA Mahasiswa yang cerdik pandai ditipu oleh ahli politik yang kebanyakan mereka tidak cerdik dan suka menipu. Shapie Apdal bersama Muhamad Taib adalah penipu besar bahawa tidak akan menaikkan minyak...malahan memperbodohkan rakyat dengan mengatakan tiada spekulasi. ANDA mahasiswa pun baru-baru ini ditipu lagi oleh Shahrir Samad yang merupakan menteri baru di KPDHEP. Beliau kata minyak akan naik pada Ogos 2008 tapi malam tadi 5/6/2008 itu telah bermula era kenaikan minyak secara mendadak.... GEMPA bukanlah sebuah gerakan politik dan ia merupakan gerakan mahasiswa yang kini semakin pandai bermain di ALAM Cyber. Nyatakan sokongan ANDA dan pasti kita akan realisasikan GEMPA di Malaysia seperti di Indonesia. Sokong GEMPA menandakan ANDA mahasiswa bukanlah seorang Mahasiswa Yang BODOH dan senang dibohong... Nyatakan komen ANDA supaya ANDA boleh teruskan sokongan ANDA.








GEMPA Moderator.




5/6/2008





Selamat Pagi Malaysia...
Malaysia for Malaysian. Malaysia for all races and the victory of Malaysia because of YOU are Malaysian. (quote by: ADI Al-ABROR)

Good Friday
Seronok tak hari ni? Seronok kan...bukan nye apa ada cerita pasal Parlimen Bocor lagi. Ingat selama 5o tahun memerintah hanya kampung aje banjir. Rupanye parlimen pun nak kena banjir dah. Mana la pergi duit renovation tu agaknya kan. Keluar income tax banyak-banyak dah habis kena lanyak-lanyak. I pun income tax contibutor tau. I ingat YB yang I pilih duduk dalam tempat selesa tetapi apakan daya duit itu sudah kena TOL oleh penguasa. Ingat kat laut je ada lanun tapi kat Malaysia merata kat highway, kat bangunan parlimen, kat setiap negeri dan macam-macam tempat la... LANUN cetak rompak selalu di benteras walaupun berusaha mencetak CD-CD haram, LANUN yang satu ni tak buat kerja langsung dan hanya tunggu duit masyuk je.... Kesian Rakyat Malaysia dan kesian Raja-Raja Malaysia.

YAHUDI dapat Tanah...
Masa kecil selalu diceritakan oleh orang-orang tua agar jangan ikut perangai YAHUDI. Kalau dapat tanah sekangkang nak lagi 10 kangkang. Kalau di Malaysia ramai yang macam YAHUDI, asal ada kuasa je terus amik tanah orang. Pernah dengar cerita YB Sarip Jajang. Kesian kan! Taknak dengar cakap orang-orang tua dan kena hukuman kan... Kalau yang tak tau lagi cerita beliau kesian... Maknanya ANDA macam orang Palestin yang pekak dan buta... Tapi takpe, lepas ni pergi operate mata dan korek telinga... Malaysia untuk Rakyat Malaysia...Terbukti semasa PRU12. Kalau Malaysia bukan untuk Rakyat Malaysia pasti untuk orang lain. Dahulu ramai orang Malaysia tidak keluar mengundi dan tempat di ambil alih oleh orang Indonesia, Bangladesh dan Philipino. Tapi masa PRU12, segalanya menjadi realiti. Rakyat bangkit menafikan Parti BN menang majoriti 2/3. Ade ura-ura pulak BN akan membuat peralihan kuasa kepada PR kerana sudah tidak larat untuk membangunkan dan menjaga MalaysiaKU tercinta...

PELUANG Mentadbir Negara Malaysia
Di dalam PR, Anda rakyat Malaysia boleh mentadbir secara proksi. Bagaimana erk? Berat Betul ayat Abang ADI bukan. Senang sahaja... Pilih PR untuk mentadbir la.. Sekiranya kerajaan sebelum ini ANDA menjadi Proksi Keuntungan Individu. Buat PPRT minta orang miskin beli. Ada ke patut? Oleh itu ANDA kena sedar bahawa BN merupakan parti perkauman dan boleh menjejaskan misi integrasi nasional. Semua orang melaungkan Integrasi tetapi tidak faham. Makin kerap kita berjumpa orang BN makin pening kepala KITA. Kalau UMNO menghunus keris ke arah Bangsa Lain untuk tujuan apa? Kalau MCA pula bercerita tentang isu perkauman untuk kepentingan Bangsa Cina (Banyak bukan permintaan mereka sampai mereka sendiri pun tak larat nak senaraikan) dan Bangsa India selalu terpinggir dari program pembangunan Ekonomi. Jadi tidak salah sekiranya KITA sebagai Rakyat Malaysia bersatu agar matlamat untuk HIDUP SENANG di MALAYSIA dilakukan dan dinikmati bersama...
ADA...PAHAM......

Ok ler...lain kali kita citer lagi....

Wassalam

Rakyat Malaysia Pencinta Bangsa